Tuesday 23 August 2011

Hukuman Kepada Penyimbah Asid

Apakah hukuman yang terbaik untuk pennyimbah asid yang katanya akan ditangkap tak lama lagi ni.?. Kalau nak gunapakai undang -undang yg sedia ada tak berbaloi, tak akan setimpal dengan kerosakkan yang telah dilakukan. Belum apa apa lagi Ketua Polis Selangor ni dah kata orang ni macam tak siuman, nampak gaya akan terlepas la orang ni kalau dia pakai tiket gila., sebab orang gila tak kena dakwa , sedap la kalau mcm tu ramai la penjenayah yang cuba guna tiket 'gila' ni. Kenapa Ketua Polis Selangor cakap macam ni pun tak tahu lah, belum tangkap, belum duduk rumah sakit mental dan belum disah  pakar mental  pun dah buat keputusan sendiri, mungkin nak senangkan kerja polis tak payah buat kertas dakwaan berjela.
Kalau nak ikutkan hati aku ni , aku ikat saja penjenayah ni kat tiang pagar masjid  yg paling ramai jemaah pada hari Jumaat ni biar semua orang  tumbuk muka dia ,biar hancur muka lepas tu bubuh garam kat muka dia biar  dia rasa betapa  sakit nya apa yg dia dah buat kat orang lain.
Hukuman mcm ni rasa nya pelu dilakukan segera memandangkan penjenayah yg makin berani memandang kan penguatkuasaan undang-undang yg kian lemah.
Apa komen anda?



Monday 22 August 2011

Kenangan Musim Raya

Hari ni dah 22 hari aku berpuasa, malam ni malam 23, 7 malam akhir yang amat digalakkan untuk beribadat kepada Allah untuk kebaikan diri sendiri memohon ampun atas dosa aku pada emak dan abah. Pada bulan puasa ni aku selalu terkenang pada abah aku yang telah pergi buat selamanya pada Ramadhan  tahun lepas, ketika itu aku terkejut besar, tiba -tiba abah pergi, terasa amt pilu dan kosong rasanya dunia ini, akurasa masih tak cukup aku bersama abah, pada masa hidup nya aku selalu sibuk bekerja di tempat yang jauh dari kampung , aku hanya balik 2-3 bulan sekali. Kini akau baru terasa rindu ygn amat sangat pada abah, rasa nak digali kubur abahdan nak duduk bersama abah, terasa berdosa benar aku kerana pada masa hidupnya aku tak selalu bersamanya. Kini aidilfitri tak berapa hari lagi hanya doa yang  dapat aku panjatkan untuk abah yang aku rasakan baru semalam pergi.